Selamat Tahun Baru Cina

18 Jan

PER: JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA KEADILAN WANGSA MAJU PADA 1 FEBRUARI 2012

 

 

 

MEWAKILI Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju saya mendoakan TUAN/PUAN dalam keadaan sihat dan dilimpahi Rahmatnya.

 

 

 

2. Merujuk perkara di atas, pihak Keadilan Cabang Wangsa Maju menjemput TUAN/PUAN ke  Majlis Rumah Terbuka bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Berikut adalah maklumat lanjut :

 

 

 

Tarikh               : 1 Februari 2012

 

Masa                 : 11 Pagi – 2 Petang

 

Tempat             : Tanah Lapang berhampiran Poling Keong Temple, Jalan 5/23 F, Taman Teratai Mewah

 

Setapak. (bersebelahan dengan Flat Danau Kota dan berhampiran Maybank Genting Klang)

 

 

 

Aturcara Majlis   : 11 Pagi            – Ketibaan Tetamu

 

12 Tgh Hari     – Ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim

 

12.15 Petang    – Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim

 

2 Petang          – Jamuan Tamat

 

 

 

3.  Majlis Rumah Terbuka ini akan turut diserikan dengan persembahan tarian naga, persembahan nyanyian serta ucapan dari pimpinan utama Pakatan Rakyat.

 

 

 

Oleh yang demikian pihak kami menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri majlis yang kami anjurkan ini. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi majlis ini. Sebarang pertanyaan mengenai Majlis rumah terbuka ini boleh hubungi Ferdaus Mat Jaafar di talian 0193743395. Sekian Terima Kasih.

 

 

 

 

Leave a comment