Archive | January, 2012

Selamat Tahun Baru Cina

18 Jan

PER: JEMPUTAN KE MAJLIS RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA KEADILAN WANGSA MAJU PADA 1 FEBRUARI 2012

 

 

 

MEWAKILI Parti Keadilan Rakyat Cabang Wangsa Maju saya mendoakan TUAN/PUAN dalam keadaan sihat dan dilimpahi Rahmatnya.

 

 

 

2. Merujuk perkara di atas, pihak Keadilan Cabang Wangsa Maju menjemput TUAN/PUAN ke  Majlis Rumah Terbuka bersempena dengan perayaan Tahun Baru Cina bersama Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Berikut adalah maklumat lanjut :

 

 

 

Tarikh               : 1 Februari 2012

 

Masa                 : 11 Pagi – 2 Petang

 

Tempat             : Tanah Lapang berhampiran Poling Keong Temple, Jalan 5/23 F, Taman Teratai Mewah

 

Setapak. (bersebelahan dengan Flat Danau Kota dan berhampiran Maybank Genting Klang)

 

 

 

Aturcara Majlis   : 11 Pagi            – Ketibaan Tetamu

 

12 Tgh Hari     – Ketibaan Dato Seri Anwar Ibrahim

 

12.15 Petang    – Ucapan Dato Seri Anwar Ibrahim

 

2 Petang          – Jamuan Tamat

 

 

 

3.  Majlis Rumah Terbuka ini akan turut diserikan dengan persembahan tarian naga, persembahan nyanyian serta ucapan dari pimpinan utama Pakatan Rakyat.

 

 

 

Oleh yang demikian pihak kami menjemput Tuan/Puan untuk menghadiri majlis yang kami anjurkan ini. Semoga dengan kehadiran Tuan/Puan dapat memeriahkan lagi majlis ini. Sebarang pertanyaan mengenai Majlis rumah terbuka ini boleh hubungi Ferdaus Mat Jaafar di talian 0193743395. Sekian Terima Kasih.

 

 

 

 

Ucapan Penghargaan Dan Pesan Agar Terus Istiqamah Melakukan Islah Dari Sheikh Yusof Al Qaradawi Buat DSAI

16 Jan

Dari http://www.qaradawi.net/component/content/article/5508.html

???????
Melalui Telegraf, Dr Yusuf al-Qaradhawi mengucapkan tahniah dengan kejayaan Anwar Ibrahim, Bekas timbalan Perdana Menteri yang merupakan Ketua parti Keadilan rakyat dengan keputusan mahkamah yang membersihkan dari tohmahan fitnah terhadap beliau.
Berkata Pengerusi Kesatuan ulama muslimin menerusi telegrafnya, “Kami  utuskan kepada kamu dengan hati yang dipenuhi kegembiraan, dada yang cukup lapang, bibir yang mengukir senyuman ekoran Allah SWT Allah membersihkan kamu dengan keputusan Mahkamah. Juga kerana Allah SWT memberi kesayangan manusia dan penghormatan rakyat kepada kamu”
Qaradhawi menambah lagi, “kesayangan dan penghormatan rakyat Malaysia yang mereka berikan kepada kamu ini tidak akan berlaku kecuali kesungguhan kamu dalam politik dan usaha melakukan perubahan (Islah)”

Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC

16 Jan
3:17PM Jan 16, 2012

Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.

NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.

Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.

Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi  anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.

“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razak
untuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.

azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.

Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan “perniagaan seperti biasa” walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.

Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna:

  • Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan;
  • Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain;
  • Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan
  • Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.

Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.

“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi

Ceramah Kelompok Wangsa Maju di Bandar Dalam

12 Jan

This slideshow requires JavaScript.

Keadilan Wangsa Maju dan Pas Kawasan Batu menganjurkan ceramah kelompok dan penerangan isu semasa pada 10 Januari lalu di Kampung Bandar Dalam.
Ceramah ini dianjurkan sehari selepas Mahkamah memutuskan Ketua Umum Keadilan Dato Seri Anwar Ibrahim di dapati tidak bersalah diatas tuduhan meliwat.
Kira-kira 100 orang hadir ke ceramah yang disampaikan oleh Yang Dipertua Pas Hj Ishak Surin, Naib Ketua Keadilan Cabang Wangsa Maju Dr Ramzan Abd Ghafoor, Penyelaras Keadilan Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong dan Keadilan Wilayah Persekutuan Dr Idris Ahmad.

Kerja Dengan Lebih Kuat Untuk Tawan Putrajaya – Dr Tan

12 Jan
 

This slideshow requires JavaScript.

KUALA LUMPUR : RAKYAT tidak akan memberi peluang kepada Barisan Nasional dan Umno untuk memerintah pada pilihanraya akan datang dengan pelbagai isu yang yang membebani parti itu, kata Penyelaras Keadilan Wangsa Maju Dato Dr Tan Kee Kwong.
Dalam ucapan perasmianya ketika merasmikan bilik gerakan JDM Sungai Mulia bagi Parlimen Wangsa Maju 11 Januari lalu, Dr Tan Kee Kwong menegaskan keputusan Mahkamah memutuskan Ketua Umum tidak bersalah juga akan menguatkan lagi sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat.
“Banyak isu yang di hadapi Barisan Nasional yang rakyat tidak mampu terima. Malahan baru-baru ini keputusan Mahkamah yang mendapati Anwar tidak besalah juga akan menambah sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat,” katanya di hadapan 50 penyokong Pakatan Rakyat yang hadir.
Tambah beliau, anggota Keadilan dan Pakatan Rakyat harus bekerja dengan kuat untuk memenangi hati rakyat supaya sokongan ini berterusan hingga pilihanraya.
“Kita harus bekerja dengan kuat, kita harus menyampaikan mesej kepada rakyat, dan terus memenangi hati rakyat untuk kita tawan Putrajaya pada pilihanraya akan datang,” Katanya bekas Timbalan Menteri itu lagi.
Selain Dato’ Dr Tan Kee Kwong, turut hadir ketika perasmian bilik gerakan berkenaan ialah Ketua Angkatan Muda Wilayah Hamdi Mohd Said, Pemangku Ketua Cabang Wangsa Maju Mazlan Abd Jalil dan Naib Ketua Cabang Wangsa Maju Dr Ramzan Abd Ghafoor.

MB to meet Sultan on Friday over Hasan’s post

10 Jan

Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim would discuss replacements for state exco member Hasan Ali during an audience with Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah on Friday.

In a statement late this evening, the menteri besar’s office said Khalid would also be presenting a list of nominees to replace Hasan.

According to the statement, the state legal advisor has been consulted over the matter and is of the opinion that the Sultan consent was not required for Hasan’s removal.

NONERoyal consent is only required in the appointment of an exco member.

The statement by the menteri besar’s office is a follow up to Khalid’s (left) statements this morning when approached by reporters in Kuala Lumpur.

Earlier today, Khalid had told reporters in Kuala Lumpur that royal consent was not required to remove Hasan as an exco member.

A ‘gentleman’ would leave voluntarily

He was asked this in response to PAS’ shock decision yesterday to remove Hasan, who was once Selangor PAS’ leader.

He reiterated that if the PAS veteran is a “gentleman”, he should resign since he has lost the confidence and support of his own party.

“Hasan Ali as an exco representing PAS, will decide for himself whether or not he has got the support and confidence of PAS… (it will be) gentlemanly if he thinks he doesn’t have the support, he will resign.”

Hasan, who is the state Islamic affairs, Malay customs, infrastructure and public amenities committee chairperson, has been enjoying support from the sultan in his crusade against alleged proselytisation of Muslims by Christian groups.

His sacking and inevitable removal from the state cabinet may trigger another dispute between the Pakatan Rakyat-ruled state government and the sultan.

‘Constitution backs Khalid’

Meanwhile constitutional law expert Abdul Aziz Bari (below) says Khalid has the constitution on his side as it gives the cabinet ultimate power on the matter.

“Even though Hasan Ali is the exco for religion, he is a member of the cabinet that falls under the power of the MB, not the sultan,” he said in an email to Malaysiakini today.

NONEThe law don cited Article 43 of the federal constitution that stipulates this as a matter for the menteri besar or chief minister respectively to decide.

“The constitution is clear that in the appointment and removal of cabinet members – in both federal and state levels – the palace must follow (their) advice,” he said.

The vocal law expert added that in practice for a governing coalition, it was the component parties who actually decide.

“So Hasan Ali can be dropped by MB Khalid following PAS decision to sack (him).

“Retaining Hasan would make the notion of collective responsibility hard to work. In fact he should have been dismissed a long time ago for opposing the state government policies in public,” said Abdul Aziz.

Brought down over Anwar

In a shock announcement yesterday, PAS president Abdul Hadi Awang said the party central committee has decided to sackHasan, on the grounds that his actions had violated and caused problems for the party’s interests.

Hasan ali pcKhalid’s office followed confirming that a nominee for Hasan’s replacement as a state cabinet member would be submitted to the palace on Wednesday.

The disheartened Hasan blamed his sacking to hisrefusal to support opposition leader Anwar Ibrahim in the latter’s sodomy trial that he claimed was contrary to PAS’ stance.

Hasan has 30 days to appeal to PAS’ syura council, the party’s highest decision-maker.

Bebas Anwar, kemenangan awal Pakatan Rakyat

10 Jan

 

Muhammad Faizal,

 

SHAH ALAM, 10 Jan: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar(gambar) menyifatkan keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar semalam merupakan tamparan awal kepada Umno BN menjelang Piliham Raya Umum ke-13 nanti.

Dengan keputusan membebaskan Anwar itu ujarnya, Umno terpaksa mencari skrip baru untuk menutup malu selepas terlebih dahulu meletakkan hukuman bersalah terhadap ketua pembangkang itu sebelum mahkamah membuat keputusan.

“Umno terpaksa menerima keputusan ini dalam keadaan yang sabar kerana keadilan akhirnya terbukti walaupun mereka sebelum ini telah membuat keputusan awal terhadap Anwar.

“Sebelum PRU-13 Umno telah kalah dalam politik kotor mereka yang telah dirancang hampir tiga tahun dan saya pasti hukuman sepenuhnya pada Umno adalah pada PRU13 nanti,” jelasnya.

Kamaruddin yang juga AJK PAS Pusat itu juga berkata, hakim menolak pertuduhan fitnah yang dimainkan oleh Umno hanya menggunakan empat hingga lima ayat sahaja walaupun pelbagai perkara telah ditimbulkan.

“Saya harap ini harus menjadi kes politik kotor yang terakhir dalam sejarah negara ini dan rakyat sendiri pun sudah mula muak kepada politik sedemikian,” sambung beliau lagi.

Sementara itu beliau berkata, sesi penerangan akan diteruskan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha memberi maklumat sebenar kepada rakyat berhubung kes itu.

“Kita akan terus memberi penerangan kepada rakyat tentang apa yang sebenarnya berlaku sebab kita pasti Umno akan memutar belit kenyataan mereka,” jelasnya.

Tanpa gangguan, perhimpunan jadi aman

Dalam pada itu, Kamarudin berkata, tindakan polis membenarkan perhimpunan itu berjalan tanpa gangguan membuktikan ia boleh berjalan dengan aman.

Berbanding dengan perhimpunan Bersih 2.0 sebelum ini, perhimpunan 901 berjalan dengan baik tanpa kekecohan dan kesusahan orang ramai.

“Tindakan polis yang membuat sekatan jalanraya dan tangkapan di seluruh negara sebelum, semasa dan selepas perhimpunan Bersih 2.0 yang menyebabkan kesusahan orang ramai. Tetapi apabila polis bagi kerjasama, ia berjalan dengan baik tanpa kekecohan,” kata beliau.

Kamarudin mengulas suasana aman yang berlangsung sepanjang perhimpunan 901 semalam.

Saya akhirnya ‘dibersihkan’, kata Anwar

10 Jan

 

Dalam keputusan yang kurang dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.

NONEHakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman ringkasnya yang tidak melebihi lima minit berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

“Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa integriti bukti tidak diusik.

“Saya mendapati adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA. Justeru, mahkamah hanya ada keterangan Saiful.

“Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.

“Oleh kerana ini adalah jenayah seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan berdasarkan keterangan Saiful. Tertuduh oleh itu dibebas dan dilepaskan,” katanya.

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.

Seluruh mahkamah kecoh seketika dengan penyokong Anwar menjerit gembira.

Dalam reaksi spontannya, Ketua Pembangkang itu mengucapkan alhamdulillah dan bersyukur kerana kebenaran akhirnya dapat ditegakkan.

Terima kasih

“Saya berterima kasih kepada Wan Azizah dan keluarga kerana menyokong dan juga barisan peguam.

NONE“Saya akhirnya dibebaskan selepas diaibkan sedemikian,” katanya di luar mahkamah.

Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan pemimpin Pakatan dan ahli-ahli serta orang ramai yang menyokongnya.

Katanya, agenda reformasi bagi menentang rasuah dan kebebasan media mesti diteruskan.Anwar mengucapkan terima kasih kepada peguamnya.

Pada perbicaraan sejak tahun 2008 itu Anwar diwakili oleh pasukan peguam yang diketuai oleh Karpal Singh manakala peguam cara II negara Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden mengetuai pihak pendakwaan.

Beliau didakwa meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

NONEIni merupakan kes liwat kedua melibatkan beliau selepas didapati bersalah dan dihukum penjara sembilan tahun pada Ogos 2000 kerana meliwat pemandu, Azizan Abu Bakar.

Bagaimanapun, empat tahun selepas itu, beliau dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan menukar pensabitan itu kepada tidak bersalah dan mengetepikan hukuman penjara terhadapnya.

MENUJU 901! Ayuh Rakyat!

6 Jan